Bulan 3, ada la sikit aktiviti yang menarik. Bulan tu juga aku kena kursus 3 hari di melaka, Kursus Asas. Syok jugak la sebab untuk intake baru ni cuma 14 orang saja dari 1 malaysia. Aku dari penang, ada 2 orang dari perak, 2 orang dari pahang, 2 orang dari terengganu, seorang untuk sabah dan sarawak, 3 orang dari melaka, seorang dari KL dan seorang dari kelantan. memang 1 Malaysia der.
so aktiviti yang macam best bila kena kawad, perh.... sangat suka bila ada robot...(sorry)... petang kami ceria sebab tengok mamat ni kawad. Jalan2 memang macam biasa tapi bila suruh kawad ja.. robot.. hehe.. Ni klip video kami berkawad, dengan berlatih 2 jam sahaja. Kira OK la tu boleh kawad macam tu. Masing2 ada basic kawad ja. Boleh tengok ada sorang yang spoilkan barisan.. habis semua berterabur.. hehehe..
Cameraman ni sengal sikit la.. sebab fokus dekat.
Kalau ikutkan.. kami ada aktiviti menyanyi, aku ja yg kena nyanyi sorang2 tanpa ada muzik.. Serius LOL..sbb suara langsung tak sedap.. apa2 pun.. layan la korang sebab mamat ni dia rakam aku nyanyi.. dalam 14 orang dalam kelas tu.. aku sorang ja dia rakam video nyanyi... so.. layan je la eh...
Masa balik pada 23hb, aku tumpang koordinator aku sebab dia ada aktiviti menembak di kedah. Kebetulan kawan kepada orang tua aku, so ambik la kesempatan tumpang balik kedah. Bertolak dari melaka pukul 1800 sampai Kem Hobart, Gurun pukul 0000..serius laju jugak la drive.
Disebabkan aku sampai dah tengah malam, jadi malam tu aku tido kat kem. ni dia suasana Kem Hobart..serius sh*t sadis.. dengan rumah kayu..mujur aku tak tido dalam rumah kayu.
jadi aku pulang ke rumah pagi jumaat, dapat la rehat dua hari kat kampung. Then hari ahad pagi, aku ke Kem Hobart semula untuk aktiviti menembak.. Lama tak menembak dengan senjata..asyik menembak dengan Nikon D'Lagend D40x...
~ Petang tu, sunburn teruk aku.. hahaha macam bang*a suda.. ~
No comments:
Post a Comment