Setelah selesai urusan untuk
Jadi, setelah menikmati keindahan, kz mulakan aktiviti mengutip buah durian. Maklumlah, "hantu durian jumpa dusun durian"..Hasilnya seperti ini lah.. itupun sebahagian sahaja..
Penat da kutip durian, kz pusing2 dekat kolam ikan ni. Kawasan kolam ini agak terlindung sebab terletak antara dua bukit @ lembah, jadi ramai tidak tahu yang kat situ ada kolam ikan.
Apa lagi, snap la gambar kz atas tunggul pokok mati, kononnya
Owner kata nak mancing pergi ambik joran, dapat ikan bawa balik makan beradap, itu pesan dia kepada kz.
Tapi disebabkan tujuan awal datang adalah untuk mengadap durian, kz cakap lain kali datang kz akan mancing. Jadi, apa lagi makan durian memang tak ingat dunia la orang kata. Bukan selalu boleh makan macam ni.
Selesai sudah aktiviti di dusun, pagi sabtu ingat nak ulang semula pergi dusun tapi apakan daya. Terlebih makan, terlajak la tidonya. Jaga dah dekat tengah hari, bising tuan rumah sebab kz terbungkang depan TV kononnya nak tengok Harry Potter sampai habis.
Then, tengah hari tuan rumah ajak ke jamuan dengan penduduk kampung, dieorang buat makan-makan untuk sambut puasa minggu depan. Dengan perasaan segan hati dan malu terpaksa la pergi, sekali ada sesuatu yang menarik perhatiku. Ini lah...
Cer tengok tanganku dengan durian biasa ni.
Then, tengok pula tanganku dengan yang ini.
Orang kampung tu maklum yang sebelum ni pernah masuk akbar Sinar Harian kot, tapi masa tu durian dari pokok yang sama punyai berat hampir 9KG(bayangkan kalau kita beli beras yang paket 10KG, ringan 1KG ja) tapi selepas search di Google.com tak de pun..
Petang sebelum balik, kz pergi ke kampung sebelah. Tujuannya adalah untuk ini. Ini pun terjumpa masa balik dari solat jumaat.
Ini homestay, kz cuba contact no telefon tersebut untuk pertanyaan, sebagai persediaan namun hampa kerana tiada maklumbalas.
Balik ke penang, bangun pagi isnin konon nak le hirup udara segar sebelum pergi kerja. Dapat la tengok matahari terbit, tapi....
Total durian yang kz bawa balik untuk makan bersama kawan2, 33 bijik.. sumbat penuh dalam bonet kete.. Then, sampai ke hari ini bau durian melekat kat dalam kete.
No comments:
Post a Comment