Wednesday, June 27, 2012

Kisah Seorang Bekas Pemain Bola Sepak.


Mungkin ramai sudah kenal dan tahu mengenai insan bernama Frederic Oumar Kanoute. Semasa ku blogwalking, ku tertarik dengan kisah beliau. Beliau lahir pada 2 Setember 1977, di Lyon, Perancis. Beliau memeluk agama Islam sejak berumur 22 tahun dan menunjukkan contoh akhlak seorang Muslim yang baik. 


Beliau sering menunaikan solat di bilik persalinan dan tetap berpuasa walaupun menghadapi perlawanan. Semasa mewakili kelab bola sepak Sevilla dalam La Liga, Spain, beliau berkeras untuk tidak mengenakan jersi yang tertera nama penaja sebuah syarikat judi.

Pada 2007, beliau telah membeli sebuah Masjid terakhir di Sevilla daripada dijual setelah kontrak untuk menggunakan premis itu tamat bernilai lebih AS$700,000.


Pada 2009, dalam perlawanan bola sepak menentang Deportivo La Coruna, Beliau telah mempamirkan baju dengan tertulis perkataan "PALESTINA" apabila menjaringkan gol. Beliau dikenakan kad kuning dan didenda $4000.


Setelah bersara pada 2010, beliau telah mengumumkan projek bagi membantu anak-anak yatim di Mali, tanah air moyang beliau dikenali sebagai "Sakina Children's Village" di laman http://www.kanoute.com. Beliau menumpukan sepenuh perhatian membuat kerja-kerja amal.











- : Ku terharu dengan beliau.

Thursday, May 24, 2012

Kegigihan Bekerja


Sedangku pusing2 pulau pagi tadi.. ku singgah untuk minum dan makan tengah hari di kawasan batu maung. Sedang elok makan, ku lihat kegigihan seorang hamba Allah ni bekerja. Dengan panas terik, kerja berat, ku kagum dengan beliau. Kita patut bersyukur sangat seperti ku sendiri kerja dalam pejabat, ada aircond, tak perlu berpanas terik. 
Insaf sungguh dan bersyukurku dengan rezeki yang ku perolehi. 

Wednesday, May 23, 2012

Menu Berbuka


Semalam ku berbuka puasa dengan air kosong dan satu batang rokok malboro sahaja.. sebab time tu aku tengah drive atas jambatan pulau pinang.. then singgah kat Masjid Seberang Jaya untuk solat.. 
Mulanya nak balik rumah baru nak makan..tetapi perutku sudah sakit.. jadi ku memilih untuk makan burger sahaja sebagai menu berbuka puasaku..


tetapi... lihatlah menu berbuka ku..


Burger Komtar
Boy Burger Penanti

Well, semalamku istiharkan hari "cheat day"..rosak dietku.. 2 daging...1 ayam.. keju d isetiap layer...


semalam ku tweet,then ada orang reply ada ajak?
ku plan nak bawa semua kawan2ku makan di situ satu hari nanti.

Wednesday, May 16, 2012

Memanah

Hari ni lepas lunch, ku dengan 3 kawanku ke tempat yang di panggil :



One Indoor Archery Sport

Lot. 12-13, 1st Floor, Komtar Walk, Penang Road, Georgetown 

Penang 10000


Gaya penting..walaupun kidai..


Malam kang ku update gambaran semasa.. 


hihi...lepas ni nak cari aku kat situ la der..

Wednesday, May 9, 2012

Kejadian Hari ini

Jenjalan hari ini tertiba nampak view ni. 
Kalau ada DSLR boleh la snap2 banyak sikit.

Snap guna Nokia X3-02
Dalam kawasan ESK.


(si guard tu pun heran tengok aku berdiri tengah panas tengah jalan.)

Tuesday, May 8, 2012

Maafkan Aku

Antara Aku dan Keluarga,
Aku pilih keluarga,
Walau perit aku telan jua,
Maafkan aku Cinta.

Kehidupanku kini,
Hanyalah untuk mereka,
Hanyalah untuk Ilahi,
Maafkan aku Cinta.

Maafkan aku Cinta,
Lupakanlah Angan-angan kita,
Maafkan semua Cita-Cita,
Lupakanlah cinta kita.




Maafkan aku kerana menyentuh hatimu.

Friday, April 13, 2012

Kesempatan April


Satu minggu sibuk... ni aku baru sempat update semula..banyak masa aku dalam kereta round2 penang A.k.A kerja shif malam.

Baru-baru ni aku kena berulang alik ke wisma, so sempat la snap sekeping gambar semasa duk cakap phone dengan MyGummyBear.. ni gambar masa dalam feri..



MyGummyBear duk tanya kan macam mana gambar yang ambik tu.. lawa ke tidak.. so GummyBear, tengok la hasil budak baru belajar ni..

Then, pagi selasa(10/04/2012), aku ada Karnival Sukan, sementara tunggu untuk pergi. Sempat aku snap gambar sunrise. Banyak lagi teknik yang perlu aku belajar sekarang ni tapi sekurang-kurangnya aku tak collector lens..hehehe




Tuesday, April 3, 2012

Aktiviti Sihatku di bulan Mac


Bulan 3, ada la sikit aktiviti yang menarik. Bulan tu juga aku kena kursus 3 hari di melaka, Kursus Asas. Syok jugak la sebab untuk intake baru ni cuma 14 orang saja dari 1 malaysia. Aku dari penang, ada 2 orang dari perak, 2 orang dari pahang, 2 orang dari terengganu, seorang untuk sabah dan sarawak, 3 orang dari melaka, seorang dari KL dan seorang dari kelantan. memang 1 Malaysia der.


so aktiviti yang macam best bila kena kawad, perh.... sangat suka bila ada robot...(sorry)... petang kami ceria sebab tengok mamat ni kawad. Jalan2 memang macam biasa tapi bila suruh kawad ja.. robot.. hehe.. Ni klip video kami berkawad, dengan berlatih 2 jam sahaja. Kira OK la tu boleh kawad macam tu. Masing2 ada basic kawad ja. Boleh tengok ada sorang yang spoilkan barisan.. habis semua berterabur.. hehehe..

Cameraman ni sengal sikit la.. sebab fokus dekat.

Kalau ikutkan.. kami ada aktiviti menyanyi, aku ja yg kena nyanyi sorang2 tanpa ada muzik.. Serius LOL..sbb suara langsung tak sedap.. apa2 pun.. layan la korang sebab mamat ni dia rakam aku nyanyi.. dalam 14 orang dalam kelas tu.. aku sorang ja dia rakam video nyanyi... so.. layan je la eh...


Masa balik pada 23hb, aku tumpang koordinator aku sebab dia ada aktiviti menembak di kedah. Kebetulan kawan kepada orang tua aku, so ambik la kesempatan tumpang balik kedah. Bertolak dari melaka pukul 1800 sampai Kem Hobart, Gurun pukul 0000..serius laju jugak la drive. 


Disebabkan aku sampai dah tengah malam, jadi malam tu aku tido kat kem. ni dia suasana Kem Hobart..serius sh*t sadis.. dengan rumah kayu..mujur aku tak tido dalam rumah kayu.

- Sadis -

jadi aku pulang ke rumah pagi jumaat, dapat la rehat dua hari kat kampung. Then hari ahad pagi, aku ke Kem Hobart semula untuk aktiviti menembak.. Lama tak menembak dengan senjata..asyik menembak dengan Nikon D'Lagend D40x...

- gaya yang penting -

- time isi peluru -

- peluru hidup der-



Ini lah antara gambar2 aktiviti menembak.. bingit jugak la telinga sebelah kananku.. maklumlah aku kidai.. awal tu praktis M16 letak kanan, asyik kena target orang sebelah kanan je.. so tukar ke kiri.. bingit la telinga aku. 



~ Petang tu, sunburn teruk aku.. hahaha macam bang*a suda.. ~

Monday, April 2, 2012

Sudah bulan April

Aku melangkah ke hadapan.
Kenapa semakin banyak cabaran.

Tabahkan lah hati aku.




Jangan Izinkan Aku Jatuh Cinta Andai Masanya Belum Tiba

Thursday, January 19, 2012

2012

2012...

Tempat baru,
Kerja baru,
Bidang kerja baru,

Tetapi

It still the same me as Mohammad Kamarul Zaini Khairul Amir.

wait until i'm updating this blog.

peace
Mr. Kayzach