Friday, April 13, 2012

Kesempatan April


Satu minggu sibuk... ni aku baru sempat update semula..banyak masa aku dalam kereta round2 penang A.k.A kerja shif malam.

Baru-baru ni aku kena berulang alik ke wisma, so sempat la snap sekeping gambar semasa duk cakap phone dengan MyGummyBear.. ni gambar masa dalam feri..



MyGummyBear duk tanya kan macam mana gambar yang ambik tu.. lawa ke tidak.. so GummyBear, tengok la hasil budak baru belajar ni..

Then, pagi selasa(10/04/2012), aku ada Karnival Sukan, sementara tunggu untuk pergi. Sempat aku snap gambar sunrise. Banyak lagi teknik yang perlu aku belajar sekarang ni tapi sekurang-kurangnya aku tak collector lens..hehehe




Tuesday, April 3, 2012

Aktiviti Sihatku di bulan Mac


Bulan 3, ada la sikit aktiviti yang menarik. Bulan tu juga aku kena kursus 3 hari di melaka, Kursus Asas. Syok jugak la sebab untuk intake baru ni cuma 14 orang saja dari 1 malaysia. Aku dari penang, ada 2 orang dari perak, 2 orang dari pahang, 2 orang dari terengganu, seorang untuk sabah dan sarawak, 3 orang dari melaka, seorang dari KL dan seorang dari kelantan. memang 1 Malaysia der.


so aktiviti yang macam best bila kena kawad, perh.... sangat suka bila ada robot...(sorry)... petang kami ceria sebab tengok mamat ni kawad. Jalan2 memang macam biasa tapi bila suruh kawad ja.. robot.. hehe.. Ni klip video kami berkawad, dengan berlatih 2 jam sahaja. Kira OK la tu boleh kawad macam tu. Masing2 ada basic kawad ja. Boleh tengok ada sorang yang spoilkan barisan.. habis semua berterabur.. hehehe..

Cameraman ni sengal sikit la.. sebab fokus dekat.

Kalau ikutkan.. kami ada aktiviti menyanyi, aku ja yg kena nyanyi sorang2 tanpa ada muzik.. Serius LOL..sbb suara langsung tak sedap.. apa2 pun.. layan la korang sebab mamat ni dia rakam aku nyanyi.. dalam 14 orang dalam kelas tu.. aku sorang ja dia rakam video nyanyi... so.. layan je la eh...


Masa balik pada 23hb, aku tumpang koordinator aku sebab dia ada aktiviti menembak di kedah. Kebetulan kawan kepada orang tua aku, so ambik la kesempatan tumpang balik kedah. Bertolak dari melaka pukul 1800 sampai Kem Hobart, Gurun pukul 0000..serius laju jugak la drive. 


Disebabkan aku sampai dah tengah malam, jadi malam tu aku tido kat kem. ni dia suasana Kem Hobart..serius sh*t sadis.. dengan rumah kayu..mujur aku tak tido dalam rumah kayu.

- Sadis -

jadi aku pulang ke rumah pagi jumaat, dapat la rehat dua hari kat kampung. Then hari ahad pagi, aku ke Kem Hobart semula untuk aktiviti menembak.. Lama tak menembak dengan senjata..asyik menembak dengan Nikon D'Lagend D40x...

- gaya yang penting -

- time isi peluru -

- peluru hidup der-



Ini lah antara gambar2 aktiviti menembak.. bingit jugak la telinga sebelah kananku.. maklumlah aku kidai.. awal tu praktis M16 letak kanan, asyik kena target orang sebelah kanan je.. so tukar ke kiri.. bingit la telinga aku. 



~ Petang tu, sunburn teruk aku.. hahaha macam bang*a suda.. ~

Monday, April 2, 2012

Sudah bulan April

Aku melangkah ke hadapan.
Kenapa semakin banyak cabaran.

Tabahkan lah hati aku.




Jangan Izinkan Aku Jatuh Cinta Andai Masanya Belum Tiba