Wednesday, June 27, 2012

Kisah Seorang Bekas Pemain Bola Sepak.


Mungkin ramai sudah kenal dan tahu mengenai insan bernama Frederic Oumar Kanoute. Semasa ku blogwalking, ku tertarik dengan kisah beliau. Beliau lahir pada 2 Setember 1977, di Lyon, Perancis. Beliau memeluk agama Islam sejak berumur 22 tahun dan menunjukkan contoh akhlak seorang Muslim yang baik. 


Beliau sering menunaikan solat di bilik persalinan dan tetap berpuasa walaupun menghadapi perlawanan. Semasa mewakili kelab bola sepak Sevilla dalam La Liga, Spain, beliau berkeras untuk tidak mengenakan jersi yang tertera nama penaja sebuah syarikat judi.

Pada 2007, beliau telah membeli sebuah Masjid terakhir di Sevilla daripada dijual setelah kontrak untuk menggunakan premis itu tamat bernilai lebih AS$700,000.


Pada 2009, dalam perlawanan bola sepak menentang Deportivo La Coruna, Beliau telah mempamirkan baju dengan tertulis perkataan "PALESTINA" apabila menjaringkan gol. Beliau dikenakan kad kuning dan didenda $4000.


Setelah bersara pada 2010, beliau telah mengumumkan projek bagi membantu anak-anak yatim di Mali, tanah air moyang beliau dikenali sebagai "Sakina Children's Village" di laman http://www.kanoute.com. Beliau menumpukan sepenuh perhatian membuat kerja-kerja amal.











- : Ku terharu dengan beliau.